Mengatasi Masalah "Response Time" semasa membuka My Computer



Pernahkah anda perasan semasa hendak membuka paparan tetingkap My COmputer anda sering kali masalah untuk memaparkan maklumat-maklumat harddisk korang semua? Disini ada penyelesaian `Tweak` untuk mempercepatkan proses pembukaan dan memaparkan terus cakera keras maupun capaian cakera liut dan external device korang semua..

Kebiasaannya perkara ini berlaku diatas masalah kekurangan tenaga RAM dan kemampuan prestasi komputer yang sederhana. Dan ini adalah langkah2 nyer tuk mengatasi masalah korang..

Langkah2:

1. Klik Start dan tekan Run.
2. Taip services.msc dan tekan Enter.
3. Cari pointline Windows Image Acquisition (WIA) service, dan tekan kanan tetikus dan klik pada stop.
4. Korang juga boleh tekan 2doubleX atas pointline WIA tu dan kemudian tekan stop button dan pada bahagian tab hardware profile perlu disablekan..(Atas korang)

Masalah anda suda selesai...sekian..

Melayu tak minat IT?

(Petikan akhbar HM 2009-04-27-073129)
BIDANG teknologi maklumat (IT) bukan hanya untuk mereka yang genius, sebaliknya anda boleh berjaya jika rajin berusaha.

Hakikatnya, bidang ini dipelopori bangsa Cina dan India. Di mana kelibat anak-anak Melayu?

Anak Melayu berkebolehan, cuma kurang pendedahan menyebabkan mereka gagal menunjukkan bakat.

Kita dapati kebanyakan anak Melayu berkecimpung dalam bidang pengurusan berbanding sains komputer. Mereka menganggap bidang ini sukar dipelajari.

Ada juga segelintir pelajar Melayu terlalu mengambil mudah dalam memilih sesuatu jurusan. Mereka hanya memilih bidang yang mudah lulus atau program popular. Sejauh manakah kebenarannya?

Persoalan sukar tidak perlu timbul di kalangan pelajar Melayu kerana mereka perlu sedar setiap perkara yang baru dipelajari akan diperkenalkan daripada akar umbi dahulu dan bukannya terus ke puncak.

Ini bermakna, bidang sains komputer itu bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dipelajari jika bermula dari peringkat asas.

Pakar dalam bidang ini juga perlu mempunyai idea untuk menarik minat masyarakat dalam mendalami bidang ini terutama dalam bidang pengaturcaraan.

Mereka perlu didedahkan betapa pentingnya bidang ini untuk bersaing dalam dunia yang semakin maju seiring teknologi global.

Masyarakat perlu didedahkan dengan skop kerjaya dalam bidang ini supaya mereka dapat berpandangan lebih jauh.

Mereka juga mesti mengambil kira aspek kehendak semasa dan skop kerjaya yang luas dan mampu membantu mengubah corak hidup mereka jika menguasai bidang berkenaan.

Kepentingan dan permintaan dalam industri ini yang sangat ketara malah mudah menjadi perhatian majikan, cuma mereka perlu diberi penerangan jelas untuk mendekatkan diri mempelajari bidang pengaturcaraan.

Selain itu, ada berpendapat, anak Melayu kurang berkecimpung dalam bidang teknologi maklumat kerana faktor kewangan.

Keupayaan memiliki komputer menjadi satu perkara yang amat sukar. Namun, fakta mendapati kebanyakan pengunjung setia pusat siber adalah remaja Melayu.

Mereka sanggup membayar untuk tujuan 'chatting' dan permainan interaktif. Ini membuktikan mereka bukanlah golongan naif mengenai teknologi, cuma kurang usaha mempelajari dan mendalami bidang IT.

Mereka takut meneroka perkara yang lebih berfaedah sehingga mampu menghasilkan sesuatu yang boleh dibanggakan hingga ke tahap penyelidikan dan penghasilan teknologi itu sendiri.

Kita boleh mencontohi India. Walaupun mempunyai populasi penduduk miskin yang ramai, mereka mampu melahirkan ramai pakar IT yang diimport negara maju.

Hakikatnya, pelbagai usaha boleh dilakukan bagi melahirkan ramai pengaturcara di kalangan anak Melayu.

Penerangan perlu diberi terhadap kepentingan dan kegunaan komputer sebagai alat yang berpotensi dalam semua bidang dan tidak hanya dalam bidang sains komputer sahaja.

Masyarakat juga perlu diberi penerangan mengenai pengaturcaraan dan potensinya. Tidak mustahil suatu hari nanti peratus bilangan anak Melayu dalam bidang ini berada pada tahap membanggakan jika masalah ini dipandang serius dan diberi pendedahan meluas.

Pengaturcara Institut Generasi, Basok Aizan, berkata pihaknya menyedari hakikat itu dan terpanggil untuk membantu membimbing anak Melayu dalam bidang IT.

Malah, Institut Generasi merangka program bersesuaian untuk menarik minat pelajar Melayu mengikuti kursus ditawarkan.

Beliau berkata, setakat ini, program yang ditawarkan ialah Pengurusan Sistem Maklumat, ASP.Net, Teknologi Maklumat, Internet Marketing, VB.Net, SQL Database dan Rangkaian Komputer.

"Kami memberi jaminan kualiti terhadap program yang ditawarkan, malah di pantau NOSS (Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan) iaitu badan yang menyelia kualiti mutu mata pelajaran.

"Kemudahan makmal kami dilengkapi teknologi terkini iaitu menggunakan 'Prosessor Dual Core' dengan keupayaan hardisk yang tinggi.

"Ini membolehkan pembelajaran dijalankan dengan lancar," katanya.

Menurutnya, antara lain kelebihan di institut itu ialah memberi ilmu kepada pelajar dalam latihan kemahiran yang mirip amalan kerja sebenar.

"Kami menyediakan jadual waktu kepada pelajar mengikut kesesuaian masing-masing sama ada secara sepenuh masa, separuh masa dan pendidikan jarak jauh (PJJ).

"Ini membolehkan pelajar dapat menguruskan jadual tanpa mengganggu aktiviti kerja mereka," katanya.
(Petikan akhbar HM 2009-04-27-073129)


Melayu tak minat IT? Kenapa? Dan mengapa? Tepat sekali artikel yang dikeluarkan ini menyentuh perasaan aku yang sekarang ini berkecimpung dalam bidang IT nie..Secara sedar x sedar, memang diakui pembelajaran IT yang dilaksanakan adalah tidak berkesan sama sekali sekiranya kita masih mengekalkan pembelajaran dahulu kala dan tidak mengikuti perkembangan semasa.

Teknologi IT kian pantas membangun seperti cendawan tumbuh selepas hujan hari, perkara yang kitorang belajar biasanya menjurus kearah mereka bentuk satu pemikiran genius dan pakar dalam pelbagai bidang pengiraan dan logik. Kecetusan idea dan pemikiran inovatif dari campuran pelbagai penduduk dibumi ini mewujudkan satu global capaian yang pantas lagi mampu membentuk beraneka kemudahan yang mampu menyelesaikan masalah didalam kehidupan kita seharian.

Berkenaan dengan IT, ia seringkali berkait rapat dengan hardware dan software nya...Ada hardware tanpa software tiada maknalah jadinyer..Kedua-dua benda ini memerlukan satu sama lain bagi melaksanakan sesuatu yang dirancangkan. Komponen Hardware jelas umum kita nampak dengan mata kasar, dan software pula adalah dalam bentuk alam maya, ini hanya pengguna akhir dapat merasakan dan menikmati kebolehupayaan dalam aturan yang disediakan oleh pengaturcaraan saja. Sejauh manakah ianya boleh membantu, menyelesaikan masalah, menyiapkan kerja dan sebagainya. Lebih2 dari tu, kiter sendri yang terleka dek terhibur apa yang disediakn oleh pengaturcara2.

Kedua aspek komponen ini memang cepat dan pantas membangun,sejajar dengan kapasiti serta kemampuan yang mahu dicapai. Adakah kiter mampu menyaingi serta mencapai hasrat sekiranya kita masih didedahkan dengan benda yang lama? Entah la labu, aku pun penat memikirkanya...dunia semata2..hahakz

Apa yang aku ingin persoalkan lagi untuk audience, sejauh manakah keberkesanan pihak berwajib yang melaksanakan program ini dapat membantu pelajar supaya berjaya dalam bidang yang halus lagi tidak nampak akan hasil kerjaya-nya?Bersediakah pihak berwajib membiayai kos penyediaan tools2 editor yang membolehkan pelajar belajar dan mengunakan kemudahan yang dibiayai? (p/ss)---idea aku, bagi support beli "super" komputer yang boleh buat kerja lerw...bagi seribu setengah beli laptop acer aper ccer..hmpeh tol..pastu bekalkan capaian internet pantas kat rumah pree...xpree pn bagi murah pn okey jgk../..student rebate lol...ada komputer ada internet,ada matlamat ada kemampuan, maukan perubahan,ini caranya buka laman pak google, tekan buton search..pandai2 carilah korang..semuanya ada kat sana dan sini..hoho..

Walauapa pun, aku berharap agar pihak yang berwajib dapat membantu anak2 watan Malay Asia ini maju dalam bidang IT yang memerlukan minda yang genius serta pemikiran berpandangan jauh dan cekap hebat dalam logik akalnya..sekian wassalam..